Tuesday, 21 June 2011

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG KUALA REMAN PANCHING


Pertubuhan Exclusive Kuantan  telah mengambil SJK(T) Ladang Kuala Reman sebagai anak angkat kepada pertubuhan ini.  Sekolah ini adalah berbentuk sekolah bantuan modal, di mana  kerajaan hanya memberi bantuan tenaga guru sahaja.  Lain-lain keperluan mestilah ditanggung oleh sekolah tersebut sendiri.  Jumlah murid-murid adalah seramai 45 orang.  Seramai tujuh pelajar akan menghadapi ujian UPSR pada tahun ini.

Sekolah tersebut telah dikunjungi oleh wakil daripada pertubuhan ini iaitu En K. Bala, En G. Maniam dan En V. Ravint serta diiringi oleh En Sreedharan sebagai penasihat pertubuhan.  Sambutan yang baik telah diberikan oleh pihak sekolah.

Hasil daripada perbincangan dengan pihak sekolah, terdapat beberapa kekurangan serta kelemahan yang perlu ditangani dengan segera.  Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dititikberatkan:

a.     Perpustakaan tidak dilengkapi dengan bahan bacaan dan rujukan.

b.    Salah satu kelas dikongsi dengan kantin sekolah.

c.     Stor sukan tidak dilengkapi dengan peralatan sukan.

d.    Sekolah ini juga menjadi pusat jagaan pelajar-pelajar tersebut sehingga ibubapa mereka pulang dari kerja. Guru-guru terpaksa mengambil giliran untuk menjaga mereka.  Pihak sekolah terpaksa menyediakan makanan bagi pelajar-pelajar tersebut.

Pertubuhan ini akan berusaha untuk memenuhi keperluan dari segi kebajikan dan bantuan untuk menaikan taraf pendidikan  sekolah ini.  Berikut adalah beberapa cadangan yang akan dilaksanakan:

a.            Menubuhkan satu dana “pledge” antara ahli-ahli dan juga awam/sukarelawan.  Perkara ini telah di persetujui  dari semua pihak untuk  menderma sebanyak RM 200.00.  Walaubagaimanapun jumlah ini bergantung kepada pihak penderma tersebut.

b.            Sesiapa yang mempunyai buku-buku rujukan atau ulangkaji dialu-alukan untuk menderma buku tersebut  kepada Pertubuhan ini.

c.            Peralatan sukan yang tidak digunakan juga boleh didermakan kepada pertubuhan ini.   Bagi penderma yang bermurah hati juga boleh memberi peralatan yang baru kepada pihak pertubuhan ini.  Peralatan yang diperlukan adalah seperti bulu tangkis, bolasepak, bola keranjang, catur dan sebagainya.

Lawatan seterusnya ke sekolah tersebut telah ditetapkan pada 27 Mac 2011.  Segala bantuan yang telah diperolehi akan diserahkan kepada pihak sekolah  pada hari tersebut.  Wang tunai hanya akan diserahkan dalam bentuk cek atas nama sekolah tersebut.

Segala sumbangan dan bantuan daripada tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan dan dihargai.  Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membantu murid-murid tersebut.   Walaupun sedikit, ianya dapat meringankan beban pihak sekolah dan memberi kemudahan kepada para pelajar untuk meneruskan pelajaran mereka.


 





MARAN 2011

EXCLUSIVE ANNUAL DINNER 2010


 







 
 


 



 

 






Monday, 20 June 2011

ORGANIZATION

PERTUBUHAN EXCLUSIVE KUANTAN

ADVISER
SREEDHARAN A/L C.K NAIR

PRESIDENT
BALA A/L KANAN

VICE  PRESIDENT
ARUMUGAM A/L  MANIKAM

SECRETARY 
SATHASSIVAM A/L UDAYAPPAN

TREASURE
THESING A/L RAJAMONEY

MEMBERS
RAVINTHIRAN A/L VEDIAPPAN

MAN MOHAN SINGH 

SUNDAR A/L SUBRAMANIAM

GOPALKRISHNAN A/L V.V. MENON

KULASINGAM A/L KANDIAH

MAHESWARAN A/L KARUPPIAH

SUBRAMANIAM A/L APPUNYA

SUBRAMANIAM A/L GIVINDASAMY

VINCENT MARIS DAS

GUNASUNDRAM A/L SAMIYAH



CREST


TANAH TUMPAHNYA DARAHKU